Bolehkah saya mengesyorkan tajuk untuk perpustakaan saya beli dalam Libby

Dalam Libby, anda boleh mencari tajuk yang tidak ditawarkan oleh perpustakaan anda dan menggunakan tag pintar "Maklumkan Saya" untuk menyatakan minat dengan tajuk kepada perpustakaan anda. Berikut ialah ringkasan tentang cara ia beroperasi:

  • Anda akan menemui tajuk yang tidak ditawarkan oleh perpustakaan anda apabila:
    • Anda membuat carian dan tidak ada tajuk dalam koleksi perpustakaan anda yang sepadan dengan pertanyaan carian anda.
    • Anda membuat carian dengan kurang daripada 100 hasil carian, dan anda menghidupkan penapis "carian mendalam" di skrin hasil carian.
  • Anda boleh menyediakan tag pintar "Maklumkan Saya" untuk tajuk yang tidak ditawarkan oleh perpustakaan anda. Apabila anda menandakan tajuk anda dengan tag pintar "Maklumkan Saya", minat anda dengan tajuk ini dikongsi tanpa mendedahkan nama dengan semua perpustakaan anda yang disimpan.
  • JIka tajuk yang telah anda tandakan dengan tag pintar "Maklumkan Saya" anda dibeli, anda akan mendapat pemberitahuan dan mempunyai pilihan untuk terus meminjamnya atau memesannya untuk disimpan.

Perhatian:

  • Bukan semua perpustakaan menawarkan ciri ini.
  • Saranan yang dibuat melalui ciri "Syorkan kepada Perpustakaan" (RTL) dalam aplikasi OverDrive dan di laman web OverDrive tidak akan muncul dalam LIbby.

Ketahui tentang cara mencari tajuk yang tidak ditawarkan oleh perpustakaan anda dan menyediakan tag pintar Maklumkan Saya.