Mencari dan menandakan tajuk yang tidak ditawarkan oleh perpustakaan anda

Perhatian: Bukan semua perpustakaan menawarkan ciri ini.

Apabila mencari perpustakaan dalam Libby, anda mungkin menemui tajuk yang tidak ada dalam koleksi mereka. Tajuk-tajuk ini akan ada butang Maklumkan Saya, (bukan Pinjam atau Pesan Simpanan). Memilih Maklumkan Saya menyediakan tag pintar dalam Libby yang akan memaklumkan anda jika salah satu perpustakaan anda membeli tajuk tersebut.

Berikut ialah cara untuk mencari dan menandakan tajuk dengan tag yang tidak ditawarkan oleh perpustakaan anda:

  1. Cari tajuk, penulis, atau siri tertentu.
    Menjalankan contoh carian di Perpustakaan Awam Akademi Libby untuk pengarang S.A. Crosby
  2. Jika anda lihat tajuk yang anda minati, dan ia ada butang Maklumkan Saya, langkau ke langkah 5.
    Jika anda tidak nampak tajuk yang anda cari, pastikan carian anda mempunyai kurang daripada 100 hasil carian. Jika ada lebih daripada itu, cuba carian yang lebih khusus (seperti tajuk penuh dan nama penulis buku).
  3. Skrol ke bawah skrin hasil carian, kemudian ketik carian mendalam.

    Tip: Anda juga boleh menemui butang carian mendalam dalam senarai penapis (dengan mengetik ikon penapis).
  4. Dalam hasil carian baharu, cari tajuk yang anda minati.
    Perhatian: Sesetengah buku tidak pernah diterbitkan dalam bentuk digital, dan sesetengah tajuk digital mungkin tidak tersedia untuk dibeli oleh perpustakaan anda.
  5. Ketik Maklumkan Saya. Anda akan digesa untuk menyediakan tag pintar Maklumkan Saya atau menggunakan yang anda sudah sediakan.

Jika salah satu perpustakaan anda membeli tajuk tersebut, anda akan dimaklumkan dan diberi pilihan untuk meminjam atau memesan simpanan bagi tajuk ini (bergantung kepada ketersediaannya).

Contoh pemberitahuan automatik untuk tajuk Color Me In oleh Natasha Diaz. Pemberitahuan menyatakan: Perpustakaan Awam Akademi Libby kini menawarkan tajuk ini.