Bilakah saya perlu mendaftar keluar daripada Libby?
Kebiasaannya, banyak aplikasi dan perkhidmatan dalam talian lain menggunakan akaun untuk membantu pengguna menguruskan data mereka. Libby tidak berfungsi seperti ini. Sebaliknya, banyak data Libby anda terikat dengan peranti anda (seperti tag dan garis masa anda), dan data lain terikat dengan kad perpustakaan anda (seperti pinjaman, sejarah pinjaman, dan kemajuan pembacaan). Anda boleh menyandarkan kebanyakan data ini dan segerakkannya dengan peranti lain dengan kukunci laluan pemulihan atau kod penyediaan.
Memandangkan tidak ada "akaun Libby" sebenar, LIbby tidak ada butang "Daftar keluar" yang sepadan. Untuk melakukan perkara yang serupa dengan mendaftar keluar daripada Libby, anda boleh mengeluarkan kad perpustakaan anda atau menetapkan semula aplikasi.
Gunakan bahagian berikut untuk menentukan cara terbaik untuk mengeluarkan data anda daripada Libby.
Jika anda menggunakan peranti awam (seperti komputer awam di perpustakaan)
Kami sentiasa mengesyorkan anda menetapkan semula aplikasi apabila anda selesai menggunakan Libby pada peranti awam. Membuat penetapan semula mengeluarkan semua data yang dikaitkan dengan Libby daripada peranti tersebut. Ini bermakna pengguna seterusnya akan bermula dari awal apabila menggunakan libbyapp.com dan tidak akan meminjam tajuk secara tidak sengaja menggunakan kad anda atau melihat sejarah pinjaman anda.
Jika anda menggunakan peranti persendirian atau berkongsi peranti (seperti iPad keluarga)
Anda mungkin mahu mengeluarkan kad perpustakaan anda apabila anda selesai menggunakan aplikasi. Berikut ialah keburukan mengeluarkan kad anda, berbanding menetapkan semula aplikasi sepenuhnya:
- Pinjaman dan simpanan anda dikeluarkan daripada aplikasi, jadi keluarga anda tidak dapat mengaksesnya. Item ini terikat dengan kad perpustakaan anda dan akan muncul sempula apabila anda menambah semula kad anda kepada Libby.
- Tag dan garis masa anda kekal dalam aplikasi. Item ini tidak boleh dipulihkan setelah dihapuskan, melainkan anda ada kunci laluan atau menggunakan Libby pada peranti lain.
- Anda tidak perlu bermula sepenuhnya setiap kali anda ingin menggunakan Libby.
Jika anda tidak bimbang tentang kehilangan akses kepada tag dan garis masa anda, anda juga boleh menetapkan semula aplikasi. Ini akan mengeluarkan semua data Libby daripada aplikasi, yang bermakna anda perlu menyediakan aplikasi (seolah-olah anda baru sahaja memasangnya) setiap kali anda ingin menggunakannya. Anda mungkin mahu bertanya orang lain yang menggunakan peranti sebelum menetapkan semula aplikasi untuk memastikan tidak ada data yang mereka belum sandarkan.
Jika anda menggunakan peranti persendirian (seperti telefon atau tablet anda sendiri)
Jika anda menggunakan kod laluan, cap jari, atau ID Wajah untuk melindungi peranti anda, tidak ada manfaat keselamatan tambahan untuk mendaftar keluar daripada Libby, dan kami tidak menyarankan anda untuk melakukannya.
Jika anda masih bercadang untuk menetapkan semula aplikasi, pertimbangkan untuk mencipta kunci laluan pemulihan terlebih dahulu, jika kunci laluan disokong pada peranti anda. Ini menyandarkan data anda dan memudahkan penyediaan Libby pada masa hadapan.