Menyediakan Libby pada peranti lain
Jika anda sudah menggunakan Libby pada lebih daripada satu peranti, anda boleh menggunakan kunci laluan pemulihan atau kod persediaan untuk menyalin kad perpustakaan, pinjaman, simpanan, dan tag anda ke peranti lain dan menyegerakkan peranti anda.
Cara yang dicadangkan untuk menyalin data anda ke peranti baharu ialah menggunakan kunci laluan pemulihan. Ketahui cara untuk mencipta kunci laluan pemulihan pada peranti asal anda. Jika peranti anda tidak menyokong kunci laluan, anda masih boleh menyalin data Libby anda ke peranti lain menggunakan kod persediaan.
Gunakan langkah-langkah di bawah untuk menyalin data anda ke peranti lain:
- Pada skrin "Selamat datang", ketik Ya apabila ditanya sama ada anda mempunyai kad perpustakaan.
- Pilih Pulihkan Data Anda.
- Jika anda telah mencipta kunci laluan, pilih Pulihkan Dengan Kunci Laluan. Kemudian, ikut penggesa untuk mengesahkan kunci laluan anda dan pulihkan data anda.
- Jika anda tidak dapat mencipta kunci laluan, pilih Paparkan Kod Persediaan. Pada peranti asal anda, pergi ke Menu > Salin Ke Peranti Lain (di bawah "Maklumat Anda") dan masukkan kod.
- PIlih salah satu perpustakaan anda yang disimpan untuk mula menyemak imbas.