Apakah Tambahan?

Sesetengah perpustakaan menawarkan pembelajaran tambahan atau sumber hiburan melalui Libby.

Jika perpustakaan anda menawarkan mana-mana sumber ini, anda akan menemuinya di Perpustakaan (Perpustakaan) di bawah "Tambahan" (anda mungkin perlu menatal ke bawah untuk melihat bahagian ini). Jika perpustakaan anda menawarkan beberapa sumber tambahan, ketik Lihat semua tambahan untuk meneroka semua opsyen anda.

Untuk bermula dengan Tambahan, ketik penyedia, kemudian ketik Dapatkan. Ini akan membawa anda keluar daripada LIbby untuk mendapat akses kepada perhidmatan ini. Kad perpustakaan anda memberikan kepada anda akses percuma, tetapi beberapa penyedia mungkin meminta anda mencipta akaun sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka.

Perhatian: Anda mungkin melihat penggesa untuk diskaun dan promosi lain semasa mengakses perkhidmatan penyedia. Ini boleh diabaikan dengan selamat.

Cara proses meminjam dan mengakses Tambahan beroperasi:

  • Untuk semua sumber tambahan kecuali Kanopy, anda meminjam akses kepada perkhidmatan untuk tempoh masa yang ditetapkan. Perkhidmatan yang dipinjam muncul di Rak (Rak) anda jadi anda boleh kembali kepadanya dengan mudah semasa tempoh akses anda. Tempoh akses berbeza-beza mengikut penyedia, tetapi anda boleh menggunakan perkhidmatan ini seberapa banyak yang anda mahu semasa tempoh akses anda.
  • Untuk Kanopy, anda tidak pinjam akses kepada perkhidmatan ini. Sebaliknya, mengetik Dapatkan membawa anda terus ke apl Kanopy, (setelah ia dipasang), yang membolehkan anda meminjam seberapa banyak tajuk setiap bulan yang perpustakaan anda benarkan. Memandangkan anda tidak meminjam perkhidmatan ini, Kanopy tidak muncul di Rak (Rak) anda, dan anda boleh mengakses akaun anda pada bila-bila amsa terus dalam apl Kanopy. Dapatkan bantuan lanjut dengan Kanopy.

Tambahan tidak diambil kira terhadap had peminjaman anda dalam Libby.