Bantuan Libby
Menapis Garis Masa
Untuk menapis Garis Masa:
- Ketik Rak
. - Ketik Garis Masa di bahagian atas skrin.
- Ketik
, kemudian:- Pilih tahun untuk hanya menunjukkan aktiviti daripada tahun tersebut.
- Pilih penapis aktiviti: pinjaman, simpanan, pemulangan atau pembaharuan.
- PIlih penapis perpustakaan untuk hanya menunjukkan aktiviti untuk perpustakaan tersebut.

- Ketik Tunjuk Hasil untuk mengaktifkan opsyen yang dipilh.
Selepas menapis, ketik penapis yang digunakan untuk:
- Menukar penapis dengan cepat.
- Pinkan ia, yang bermakna penapis akan diaktifkan dalam Garis Masa tersebut sehingga anda membuangnya.Perhatian: Hanya penapis aktiviti boleh dipinkan pada Garis Masa.
- Buang ia.
Menapis aktiviti anda mengikut masa
Di bahagian atas Garis Masa, anda akan melihat graf aktiviti anda mengikut tahun. Ketik satu bahagian graf untuk penapis mengikut tahun tersebut.
Apabila anda menapis mengikut tahun, ketik penapis tahun yang diaktifkan untuk melihat pecahan bulan ke bulan aktiviti anda. Penapis anda yang lain (seperti penapis Pinjaman dalam tangkapan skrin di bawah) akan diaktifkan apabila anda melihat graf ini. Nombor di atas graf menunjukkan bulan yang ada paling banyak aktiviti.
Untuk melihat aktiviti anda untuk bulan tertentu, ketik
(di bawah graf) dan pilih bulan daripada senarai.
Kali terakhir dikemas kini:BBBB 09 PG