Apakah maksud ikon dan warna dalam Libby?

Banyak ikon dalam Libby menunjukkan warna perpustakaan anda. Jika anda berdaftar dengan berbilang perpustakaan, warna-warna ini boleh membantu anda mengenal pasti dengan cepat daripada perpustakaan mana anda boleh pinjam tajuk atau perpustakaan mana ada senarai tunggu terpendek. Apabila anda meminjam atau memesan simpanan bagi sesuatu tajuk, anda akan nampak ikon yang berwarna perpustakaan tersebut di sebelah tajuk di Rak Rak, dalam pengaki navigasianda.

Ikon di sebelah tajuk menunjukkan maklumat tambahan tentangnya. Berikut adalah beberapa ikon yang anda akan temui dalam Libby beserta maksudnya:

  • Status Tajuk: Tersedia: Tajuk ini tersedia untuk dipinjam.
  • Status Tajuk: Senarai Tunggu: Tajuk perlu dipesan untuk simpanan.
  • Status Tajuk: Senarai Tunggu, Salinan Baharu Diperoleh): Perpustakaan anda telah beli lebih banyak salinan tajuk ini sejak anda membuat pesanan untuk disimpan.
  • Status Tajuk: Dipinjam, 100% Dimuat Turun: Tajuk dipinjam dan dimuat turun.
  • Status Tajuk: Dipinjam, Tidak Dimuat Turun: Tajuk dipinjam tetapi tidak dimuat turun.

Ketik ikon di sebelah tajuk untuk melihat pilihan anda atau mendapatkan butiran lanut tentangnya.