Menavigasi apl
Di pengaki
- Ketik Cari untuk mencari tajuk.
- Ketik Perpustakaan untuk membuka koleksi perpustakaan yang paling baru anda layari.
- Ketik Menu untuk menyesuaikan tetapan anda, menambah kad perpustakaan lain, mendapatkan bantuan, dan banyak lagi.
- Ketik Rak untuk melihat pinjaman, simpanan dan majalah anda untuk semua perpustakaan anda, mengakses garis masa anda dan menyemak notis anda.
- Ketik Tag untuk melihat dan menguruskan tag anda.
Dalam menu
- Di bawah "Perpustakaan Anda", anda boleh menguruskan kad perpustakaan anda dan menambah perpustakaan kepada LIbby. Jika anda telah menambah berbilang perpustakaan, anda boleh menukar antara perpustakaan dengan memilih perpustakaan daripada senarai.
- Di bawah "Tetapan", " anda boleh menguruskan tetapan pemberitahuan anda, menyesuaikan peraturan muat turun anda, mengubah bahasa aplikasi dan banyak lagi.
- Di bawah "Maklumat anda, " anda boleh menyandarkan data anda dan menetapkan semula Libby.
- Di bawah "Bantuan & Sokongan, "anda boleh mencari bantuan, mengetahui cara untuk menghubungi perpustakaan anda dan memberikan maklum balas.